Thursday, 17 October 2013

Pertumbuhan cendawan part 3.

Akhirnya...!

Mood nak berkongsi tips pasal apa nak buat pada beg cendawan yang dah berusia 3 bulan, miselium penuh tebal tapi masih degil taknak tumbuh?? Degil sungguh...! Pukul jela..! Haha... Jangan...! Baca dulu sampai abis yer..

Tips ni sebenarnya daripada rakan sekerja saya, Daus. Dia macam saya jugak mengajar kursus pendek tanam cendawan pada komuniti setempat. Ada sorang bekas peserta kursus pendek yang telah berkongsi tips ni.. Dia ada beg yang sangat degil tak nak tumbuh. Entah macam mana, dia boleh terfikir nak kasi masuk beg tu dalam peti ais semalaman..! Bukan yang tempat beku tu tapi kat tempat letak sayur. Esoknye dia keluarkan dan buka penutup beg. Lepas 2-3 hari, cendawan tumbuh... Happy ooo... Eksperimen menjadik! :)

Saya sendiri tak pernah lah cuba, tapi saya ada dua testimoni daripada customer yang beli beg daripada saya. Kes yang sama, degil taknak keluar. Saya suggest letak dalam peti ais semalaman. Walla! Tumbuh....

Tapi oh tapi! Tips ni tak bolehlah nak guna kalau kita ni tanam beribu-ribu beg kan?? Besar mana la peti ais nak letak tu.. Tips ni sesuai untuk mereka yang menanam kecil-kecilan jela..

Tertanya-tanya tak korang kenapa cendawan ni nak tumbuh lepas masuk peti ais semalaman?? Ha... Saya ada satu teori keluar dari kepala otak sendiri. Seperti yang MARDI ajar, cendawan ni akan tumbuh bila ada tekanan. 

Tekanan ni bukan nye kita ni dok tekan beg dia kuat-kuat! Tekanan bermaksud cendawan ni stress kerana ada faktor persekitaran yang tak sesuai untuk pertumbuhan. So kes masuk peti ais ini sebenarnya kita telah mengenakan tekanan pada cendawan iaitu suhu yang sejuk. Suhu peti ais berapa ye? Agak-agak kurang 20 C kan? Cendawan tiram kelabu ni sesuai hidup pada suhu 26-30 C. Suhu sejuk ni buat dia stress! Bila stress, cendawan akan tumbuh sebab dia nak membiak. 

Membiak?? Pasti ada yang tertanya-tanya kan? Ok, macam ni.. Tumbuhan ni kitar hidup dia adalah untuk survival of the species. Bila ada tekanan yang memungkinkan dia mati, dia akan berusaha untuk membiak supaya spesis dia tak pupus. Dalam kes ini, suhu tiba-tiba sejuk, maka cendawan berfikir(eh, macam ada otakla pulak) dia akan mati sebab suhu tidak sesuai. Jadi dia cepat-cepatlah tumbuh..!

Apa pulak kaitan cendawan tumbuh dengan dia nak membiak?? Tuan puan sekalian, pada setiap cendawan yang tumbuh dan menjadi matang akan ada spora. Dengan spora inilah dia membiak dan menjamin kesinambungan spesis nye..

So, kita telah tipu cendawan itu....! Hahaha...(gelak jahat) 


Peace :)

Sekadar perkongsian pendapat & pengalaman. Tiada bukti saintifik.

1 comment:

  1. Hello sis, betul kata sis, kalau ada kes cendawan yg tidak tumbuh, tutup n then 3 hari lepas tu buka, now semua beg media cendawan sy ambik dari sis tumbuh, masuk ke 5 tuaian sekarang ni...thanks sis..

    ReplyDelete