Hari ni nak share kadar pertumbuhan cendawan. Untuk cendawan yang baru pertama kali nak tumbuh, biasanya pada hari ketiga putik cendawan akan keluar dan dalam masa 3 hari dah ready untuk dituai. Untuk yang tumbuh kali kedua dan seterusnya, kadar pertumbuhan akan menjadi semakin lambat. Ada yang hari kelima baru nak keluar putik. Ada jugak yang sampai seminggu baru nak berputik!
So bagi saya, saya akan buka beg media selama seminggu sahaja. Bagi peluang cendawan tumbuh dalam masa tu. Kalau taknak tumbuh tu memang perkara biasa. Maksudnye beg tersebut belum 'ready' la.. Tutup semula selama 7-10 hari baru buka semula untuk pertumbuhan cendawan.
Kenapa saya biarkan penutup terbuka seminggu je? Sebab untuk mengurangkan kadar beg media terdedah pada persekitaran. Semakin lama dibuka, semakin tinggi kebarangkalian untuk dijangkiti kulat. Serangan dari serangga seperti lipas juga tinggi.
Kesimpulannya, nak tanam cendawan ni kenelah ada kesabaran yang tinggi. Ada beg yang sangat produktif, buka sehari je dah tumbuh.. Ade plak yang lambat, buka seminggu baru nak berputik.. Macam kita manusia jugak kan.. Ade orang yang advance, ade yang slow pickup..
Peace.. :)
No comments:
Post a Comment