Thursday, 10 October 2013

Habuk kayu.. Sampah berharga..

HABUK KAYU.

Komponen pertama yang perlu ada untuk buat bancuhan media tanaman cendawan ialah habuk kayu. 

Habuk kayu yang paling baik setakat ini ialah habuk kayu getah. Itu yang MARDI ajar kami dan yang diperkatakan oleh penanam cendawan di Semenanjung Malaysia. Saya hanya menyatakan semula jela sebab di Sarawak ni sungguh oh sungguhlah susah nak mencari habuk kayu getah! Tidak extreme kalau saya katakan takde bekalan langsung kecuali yang potong sendiri lah kot?? So saya sendiri manggunakan kabuk kayu campur yang saya dapatkan daripada sawmill di sekitar Kuching. 


Masa mula-mula nak cari habuk ni dulu, mak oi memang susah betul! Last2 dapatlah contact sawmill di Jalan Batu Kitang-Bau. Dia jual habuk kayu tapi of courselah kayu campur.. Kayu jenis keras ade, lembut ade, yang wangi pun ade! Takpela, dah desperate kan... Saya & hubby pergila ke sawmill ni.. Kena kauk sendiri habuk ni masuk guni..! Dengan habuknye berterbangan, nasiblah tak asma.. Kalu tak memang naya.. Huhu... Tengok jela gambo kat bawah ni.. Bawah panas terik kauk habuk kayu berguni-guni..!

Tapi kami teruskan jugaklah.. Sebab kalau nak buat media cendawan ni, nak tak nak kene pakai habuk kayu.. Bahan lain boleh jugak sebagai pengganti seperti jerami padi tapi yang saya belajar dari MARDI dulu memang pakai habuk kayu.. So buatlah guna apa yang diajar dulu. Kalau nak bereksperimen tu, nanti-nantilah.. Sikit demi sikitlah kita improve diri kita kan??

1 comment:

  1. wah hebat btl, caya lah, nak senang bkn senang, bule tanya apa nama kilang ambil habuk kayu tu?

    ReplyDelete