Wednesday, 16 October 2013

EKSPERIMEN 1

EKSPERIMEN 1
Second Chance Project


Haloo..!

Harini nak share satu eksperimen yang telah saya buat lebih kurang dua minggu yang lepas. Seperti nama di atas, Second Chance Project bertujuan nak tengok samada beg media yang rosak boleh tak mengeluarkan hasil lagi?? Asal usul ekperimen ini adalah daripada pemerhatian ke atas beg-beg media yang tidak lagi produktif dan diasingkan untuk dibuat kompos oleh pelajar saya semester lepas. Plastik beg media dikoyakkan, dibuang maka tinggallah media berbentuk seperti bongkah. Yang mengejutkan ialah, media ini mampu mengeluarkan hasil! Walaupun hasilnye taklah seberapa, saiznye kecik-kecik je tapi hasil tetap hasil kan?? ;)

Daripada pemerhatian itu, saya terfikir; kalau bongkah cendawan ini saya potong-potong mungkin akan mengeluarkan hasil lagi. Sebabnye, permukaan media di bahagian dalam mungkin tidak rosak.. Yang rosak adalah permukaan di tepi bongkah media sahaja.. So, saya cubalah. Tiap-tiap hari saya jenguk kot-kot ade tumbuh cendawan.. Seminggu jugaklah baru nampak putik pertama. Gembira sungguh hati oi! Hihi... Eksperimen berjaya. Hasil tetap dikeluarkan tapi sikit jelah, saiz pun comel lote jer.... Cukuplah untuk dimasak sayur campur makan sendiri kan. ;)

Kesimpulannya, perahlah potensi beg media anda selagi boleh.. Hahaha.. Itu motto saya!

Peace. 

Eksperimen tiada bukti saintifik. Perkongsian pengalaman semata-mata.

No comments:

Post a Comment