Saturday, 5 October 2013

Buat beg media.

Pertama sekali, nak minta maaf. Sebelum ni janji nak bagi tips nak bagi cendawan tumbuh kan? Tapi macam belum ada aspirasi nak menulis pasal tu la pulak arini.. Sori ye.. Eh, ada ke orang yang tertunggu-tunggu tips tu ?? Oooppsss! Terlebih prasanla pulak.. Takpela, janji niat hanya nak berkongsi kan.. ;)

So topik harini ialah;

Kerja Paling Memenatkan Dalam Penanaman Cendawan

Pada pandangan saya, kerja yang paling penat dalam bidang ni ialah masa nak buat beg media. Penat oo... Macam saya & hubby biasa bancuh satu guni habuk kayu seberat 25kg, akan mengambil masa dalam 2-3 jam nak siapkan. Imagine jela, duduk kat bangku kecil selama 3 jam. Macam mau patah pinggang tau! Tangan memang tak yah sebut. Pergelangan tangan memang lenguh. Dan pada ladies out there yang sangat sayangkan kehalusan dan kelembutan jari jemari, ucaplah selamat tinggal pada semua tu ye..Hihi... Tapi semua tu boleh diatasi. Jangan risau.. Pakailah losyen lepas buat kerja, tapi jangan pulak semasa bekerja ye.. Nanti bahan kimia pada losyen dikhuatiri boleh memberi kesan negatif pada cendawan.

Tengoklah sendiri gambar di atas.. Ini gambar peserta kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Mas Gading di Kpg. Serayan Hulu, Lundu. Betapa gigihnya mereka membuat beg media. Ini bancuhan 80kg tapi dikerjakan oleh 35 orang peserta. Seorang peserta dapat merasa membuat 4-5 beg. Selepas ada pengalaman membuat sendiri, pelbagai reaksi diterima.. Ada yang ok, ada yang cakap tobatlah nak buat lagi.. Pinggang nak patah bila mencangkung. 

So, bagi saya proses membuat beg media ini memang bergantung kepada kudrat seseorang itu.. Bagi yang gagah, pinggang & tulang belakang kuat boleh lah beg media ini dibuat sendiri. Bagi yang tak berapa gemar kerja agak penat ni, bolehlah membeli beg media yang matang daripada pembekal yang dipercayai. Kalau dah beli beg media matang bolehlah ditanam sahaja. Kerja menanam tidak susah. Oh ya! Ada satu lagi opsyen pada yang tak gemar nak buat beg media ni; beli mesin.. Yup! Mesin untuk bancuh media dan letak media dalam beg plastik PP. Tapi kerja nak letak gegelung dan penutup masih perlukan kudrat jugak la..

Cerita hal mesin.. Ini memang sesuai untuk individu yang mempunyai ladang yang besar.. Beg media boleh buat dalam beratus mahupun beribu dalam masa sehari.. Harga dia beribu raban! Saya suggest cuma pada yang bermodal tinggi dan mempunyai ladang yang besar ajela.. Kene pikir betul-betul.. Jangan sampai mesin jadi gajah putih je. Saya ni sangat jauhla dari mampu lagi... Hehehe..


Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Yang rajin nak buat beg media sendiri, silakan.. Lagi menguntungkan cuma penat ler.. Bagi yang prefer beli, bolehlah roger saya k. Tapi stok tidak gerenti sentiasa ada.. Booking dulu ye..

Peace :)

No comments:

Post a Comment