Akhirnya...!
Mood nak berkongsi tips pasal apa nak buat pada beg cendawan yang dah berusia 3 bulan, miselium penuh tebal tapi masih degil taknak tumbuh?? Degil sungguh...! Pukul jela..! Haha... Jangan...! Baca dulu sampai abis yer..
Tips ni sebenarnya daripada rakan sekerja saya, Daus. Dia macam saya jugak mengajar kursus pendek tanam cendawan pada komuniti setempat. Ada sorang bekas peserta kursus pendek yang telah berkongsi tips ni.. Dia ada beg yang sangat degil tak nak tumbuh. Entah macam mana, dia boleh terfikir nak kasi masuk beg tu dalam peti ais semalaman..! Bukan yang tempat beku tu tapi kat tempat letak sayur. Esoknye dia keluarkan dan buka penutup beg. Lepas 2-3 hari, cendawan tumbuh... Happy ooo... Eksperimen menjadik! :)
Saya sendiri tak pernah lah cuba, tapi saya ada dua testimoni daripada customer yang beli beg daripada saya. Kes yang sama, degil taknak keluar. Saya suggest letak dalam peti ais semalaman. Walla! Tumbuh....
Tapi oh tapi! Tips ni tak bolehlah nak guna kalau kita ni tanam beribu-ribu beg kan?? Besar mana la peti ais nak letak tu.. Tips ni sesuai untuk mereka yang menanam kecil-kecilan jela..
Tertanya-tanya tak korang kenapa cendawan ni nak tumbuh lepas masuk peti ais semalaman?? Ha... Saya ada satu teori keluar dari kepala otak sendiri. Seperti yang MARDI ajar, cendawan ni akan tumbuh bila ada tekanan.
Tekanan ni bukan nye kita ni dok tekan beg dia kuat-kuat! Tekanan bermaksud cendawan ni stress kerana ada faktor persekitaran yang tak sesuai untuk pertumbuhan. So kes masuk peti ais ini sebenarnya kita telah mengenakan tekanan pada cendawan iaitu suhu yang sejuk. Suhu peti ais berapa ye? Agak-agak kurang 20 C kan? Cendawan tiram kelabu ni sesuai hidup pada suhu 26-30 C. Suhu sejuk ni buat dia stress! Bila stress, cendawan akan tumbuh sebab dia nak membiak.
Membiak?? Pasti ada yang tertanya-tanya kan? Ok, macam ni.. Tumbuhan ni kitar hidup dia adalah untuk survival of the species. Bila ada tekanan yang memungkinkan dia mati, dia akan berusaha untuk membiak supaya spesis dia tak pupus. Dalam kes ini, suhu tiba-tiba sejuk, maka cendawan berfikir(eh, macam ada otakla pulak) dia akan mati sebab suhu tidak sesuai. Jadi dia cepat-cepatlah tumbuh..!
Apa pulak kaitan cendawan tumbuh dengan dia nak membiak?? Tuan puan sekalian, pada setiap cendawan yang tumbuh dan menjadi matang akan ada spora. Dengan spora inilah dia membiak dan menjamin kesinambungan spesis nye..
So, kita telah tipu cendawan itu....! Hahaha...(gelak jahat)
Peace :)
Sekadar perkongsian pendapat & pengalaman. Tiada bukti saintifik.
Thursday, 17 October 2013
Wednesday, 16 October 2013
EKSPERIMEN 1
EKSPERIMEN 1
Second Chance Project
Haloo..!
Harini nak share satu eksperimen yang telah saya buat lebih kurang dua minggu yang lepas. Seperti nama di atas, Second Chance Project bertujuan nak tengok samada beg media yang rosak boleh tak mengeluarkan hasil lagi?? Asal usul ekperimen ini adalah daripada pemerhatian ke atas beg-beg media yang tidak lagi produktif dan diasingkan untuk dibuat kompos oleh pelajar saya semester lepas. Plastik beg media dikoyakkan, dibuang maka tinggallah media berbentuk seperti bongkah. Yang mengejutkan ialah, media ini mampu mengeluarkan hasil! Walaupun hasilnye taklah seberapa, saiznye kecik-kecik je tapi hasil tetap hasil kan?? ;)
Daripada pemerhatian itu, saya terfikir; kalau bongkah cendawan ini saya potong-potong mungkin akan mengeluarkan hasil lagi. Sebabnye, permukaan media di bahagian dalam mungkin tidak rosak.. Yang rosak adalah permukaan di tepi bongkah media sahaja.. So, saya cubalah. Tiap-tiap hari saya jenguk kot-kot ade tumbuh cendawan.. Seminggu jugaklah baru nampak putik pertama. Gembira sungguh hati oi! Hihi... Eksperimen berjaya. Hasil tetap dikeluarkan tapi sikit jelah, saiz pun comel lote jer.... Cukuplah untuk dimasak sayur campur makan sendiri kan. ;)
Kesimpulannya, perahlah potensi beg media anda selagi boleh.. Hahaha.. Itu motto saya!
Peace.
Eksperimen tiada bukti saintifik. Perkongsian pengalaman semata-mata.

Thursday, 10 October 2013
Habuk kayu.. Sampah berharga..
HABUK KAYU.
Komponen pertama yang perlu ada untuk buat bancuhan media tanaman cendawan ialah habuk kayu.
Habuk kayu yang paling baik setakat ini ialah habuk kayu getah. Itu yang MARDI ajar kami dan yang diperkatakan oleh penanam cendawan di Semenanjung Malaysia. Saya hanya menyatakan semula jela sebab di Sarawak ni sungguh oh sungguhlah susah nak mencari habuk kayu getah! Tidak extreme kalau saya katakan takde bekalan langsung kecuali yang potong sendiri lah kot?? So saya sendiri manggunakan kabuk kayu campur yang saya dapatkan daripada sawmill di sekitar Kuching.
Masa mula-mula nak cari habuk ni dulu, mak oi memang susah betul! Last2 dapatlah contact sawmill di Jalan Batu Kitang-Bau. Dia jual habuk kayu tapi of courselah kayu campur.. Kayu jenis keras ade, lembut ade, yang wangi pun ade! Takpela, dah desperate kan... Saya & hubby pergila ke sawmill ni.. Kena kauk sendiri habuk ni masuk guni..! Dengan habuknye berterbangan, nasiblah tak asma.. Kalu tak memang naya.. Huhu... Tengok jela gambo kat bawah ni.. Bawah panas terik kauk habuk kayu berguni-guni..!
Tapi kami teruskan jugaklah.. Sebab kalau nak buat media cendawan ni, nak tak nak kene pakai habuk kayu.. Bahan lain boleh jugak sebagai pengganti seperti jerami padi tapi yang saya belajar dari MARDI dulu memang pakai habuk kayu.. So buatlah guna apa yang diajar dulu. Kalau nak bereksperimen tu, nanti-nantilah.. Sikit demi sikitlah kita improve diri kita kan??
Saturday, 5 October 2013
Buat beg media.
Pertama sekali, nak minta maaf. Sebelum ni janji nak bagi tips nak bagi cendawan tumbuh kan? Tapi macam belum ada aspirasi nak menulis pasal tu la pulak arini.. Sori ye.. Eh, ada ke orang yang tertunggu-tunggu tips tu ?? Oooppsss! Terlebih prasanla pulak.. Takpela, janji niat hanya nak berkongsi kan.. ;)
So topik harini ialah;
Kerja Paling Memenatkan Dalam Penanaman Cendawan
Pada pandangan saya, kerja yang paling penat dalam bidang ni ialah masa nak buat beg media. Penat oo... Macam saya & hubby biasa bancuh satu guni habuk kayu seberat 25kg, akan mengambil masa dalam 2-3 jam nak siapkan. Imagine jela, duduk kat bangku kecil selama 3 jam. Macam mau patah pinggang tau! Tangan memang tak yah sebut. Pergelangan tangan memang lenguh. Dan pada ladies out there yang sangat sayangkan kehalusan dan kelembutan jari jemari, ucaplah selamat tinggal pada semua tu ye..Hihi... Tapi semua tu boleh diatasi. Jangan risau.. Pakailah losyen lepas buat kerja, tapi jangan pulak semasa bekerja ye.. Nanti bahan kimia pada losyen dikhuatiri boleh memberi kesan negatif pada cendawan.
Tengoklah sendiri gambar di atas.. Ini gambar peserta kursus pendek anjuran Kolej Komuniti Mas Gading di Kpg. Serayan Hulu, Lundu. Betapa gigihnya mereka membuat beg media. Ini bancuhan 80kg tapi dikerjakan oleh 35 orang peserta. Seorang peserta dapat merasa membuat 4-5 beg. Selepas ada pengalaman membuat sendiri, pelbagai reaksi diterima.. Ada yang ok, ada yang cakap tobatlah nak buat lagi.. Pinggang nak patah bila mencangkung.
So, bagi saya proses membuat beg media ini memang bergantung kepada kudrat seseorang itu.. Bagi yang gagah, pinggang & tulang belakang kuat boleh lah beg media ini dibuat sendiri. Bagi yang tak berapa gemar kerja agak penat ni, bolehlah membeli beg media yang matang daripada pembekal yang dipercayai. Kalau dah beli beg media matang bolehlah ditanam sahaja. Kerja menanam tidak susah. Oh ya! Ada satu lagi opsyen pada yang tak gemar nak buat beg media ni; beli mesin.. Yup! Mesin untuk bancuh media dan letak media dalam beg plastik PP. Tapi kerja nak letak gegelung dan penutup masih perlukan kudrat jugak la..
Cerita hal mesin.. Ini memang sesuai untuk individu yang mempunyai ladang yang besar.. Beg media boleh buat dalam beratus mahupun beribu dalam masa sehari.. Harga dia beribu raban! Saya suggest cuma pada yang bermodal tinggi dan mempunyai ladang yang besar ajela.. Kene pikir betul-betul.. Jangan sampai mesin jadi gajah putih je. Saya ni sangat jauhla dari mampu lagi... Hehehe..
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Yang rajin nak buat beg media sendiri, silakan.. Lagi menguntungkan cuma penat ler.. Bagi yang prefer beli, bolehlah roger saya k. Tapi stok tidak gerenti sentiasa ada.. Booking dulu ye..
Peace :)
So topik harini ialah;
Kerja Paling Memenatkan Dalam Penanaman Cendawan
Pada pandangan saya, kerja yang paling penat dalam bidang ni ialah masa nak buat beg media. Penat oo... Macam saya & hubby biasa bancuh satu guni habuk kayu seberat 25kg, akan mengambil masa dalam 2-3 jam nak siapkan. Imagine jela, duduk kat bangku kecil selama 3 jam. Macam mau patah pinggang tau! Tangan memang tak yah sebut. Pergelangan tangan memang lenguh. Dan pada ladies out there yang sangat sayangkan kehalusan dan kelembutan jari jemari, ucaplah selamat tinggal pada semua tu ye..Hihi... Tapi semua tu boleh diatasi. Jangan risau.. Pakailah losyen lepas buat kerja, tapi jangan pulak semasa bekerja ye.. Nanti bahan kimia pada losyen dikhuatiri boleh memberi kesan negatif pada cendawan.
So, bagi saya proses membuat beg media ini memang bergantung kepada kudrat seseorang itu.. Bagi yang gagah, pinggang & tulang belakang kuat boleh lah beg media ini dibuat sendiri. Bagi yang tak berapa gemar kerja agak penat ni, bolehlah membeli beg media yang matang daripada pembekal yang dipercayai. Kalau dah beli beg media matang bolehlah ditanam sahaja. Kerja menanam tidak susah. Oh ya! Ada satu lagi opsyen pada yang tak gemar nak buat beg media ni; beli mesin.. Yup! Mesin untuk bancuh media dan letak media dalam beg plastik PP. Tapi kerja nak letak gegelung dan penutup masih perlukan kudrat jugak la..
Cerita hal mesin.. Ini memang sesuai untuk individu yang mempunyai ladang yang besar.. Beg media boleh buat dalam beratus mahupun beribu dalam masa sehari.. Harga dia beribu raban! Saya suggest cuma pada yang bermodal tinggi dan mempunyai ladang yang besar ajela.. Kene pikir betul-betul.. Jangan sampai mesin jadi gajah putih je. Saya ni sangat jauhla dari mampu lagi... Hehehe..
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Yang rajin nak buat beg media sendiri, silakan.. Lagi menguntungkan cuma penat ler.. Bagi yang prefer beli, bolehlah roger saya k. Tapi stok tidak gerenti sentiasa ada.. Booking dulu ye..
Peace :)
Friday, 4 October 2013
Pertumbuhan cendawan part 2
Sambungan Kadar Pertumbuhan Cendawan
Belum puas rasanya nak bercerita hal kadar pertumbuhan cendawan ni. Sebab saya terlibat dalam penanaman cendawan di kolej sepanjang saya mengajar subjek Penanaman Cendawan tambahan pula ada menanam sendiri di rumah, saya melihat terlalu banyak faktor yang menyebabkan pertumbuhan cendawan terbantut. Ada yang saya alami sendiri dan ada juga dari pengalaman penanam yang lain. So saya share sikit la ye..
1. Beg media sudah diperam 2 bulan dan miselium putih penuh di sekeliling beg tapi cendawan tak mau tumbuh.
Pandangan saya --> Minimum beg diperam is 2 bulan. Tapi bagi saya beg perlu diperam sehingga 3 bulan. Setelah diperam 2 bulan, miselium putih memang penuh tapi peratusan untuk cendawan boleh tumbuh dari beg berusia 2 bulan memang rendah mengikut pengalaman sendiri. Kenapa?? Sebab miselium belum tumbuh memenuhi di bahagian dalam dan tengah media lagi.. Selagi miselium tak memenuhi keseluruhan media luar dan dalam, selagi itulah cendawan tak mau tumbuh. So nasihat saya, bersabarlah.. Tunggu 3 bulan dulu baru buka penutup dan tanam.
2. Beg media sudah diperam 3 bulan pun tak mau tumbuh cendawan.
2. Beg media sudah diperam 3 bulan pun tak mau tumbuh cendawan.
Pandangan saya --> Bagi beg media yang cukup matang, biasanya cendawan akan tumbuh 3-5 hari selepas penutup dibuka. Tapi jika dah buka seminggu pun belum berputik, alamatnya tutup ajela dulu.... Tutup dulu ye.. Sabar.. Macam manusia jugak, ade yg malas, ada yang rajin kan?? Sama keslah dengan cendawan ni.. Die pun benda hidup jugak.. Kali ni, tutup dengan penutup yang tiada lubang ataupun kita panggil stopper. Bila kita guna penutup ni, kita melimitkan kadar udara dan air yang boleh masuk ke dalam beg. Dalam keadaan demikian, miselium biasanya akan menebal selepas ditutup semula seminggu. Lepas tu bolehlah dibuka semula. Kali ini, biasanya cendawan AKAN tumbuh. TAPI oh TAPI kalau cendawan tak mau tumbuh jugak saya ada satu tips yang saya dapat daripada penanam yang lain. Saya dah sarankan pada 2 orang dan tips in BERJAYA..! Kalau nak tau apa tips itu, tunggulah entry saya yang akan datang ye..
Peace :)
Sekadar perkongsian pendapat & pengalaman. Tiada bukti saintifik.
Peace :)
Sekadar perkongsian pendapat & pengalaman. Tiada bukti saintifik.
Pertumbuhan cendawan
Hari ni nak share kadar pertumbuhan cendawan. Untuk cendawan yang baru pertama kali nak tumbuh, biasanya pada hari ketiga putik cendawan akan keluar dan dalam masa 3 hari dah ready untuk dituai. Untuk yang tumbuh kali kedua dan seterusnya, kadar pertumbuhan akan menjadi semakin lambat. Ada yang hari kelima baru nak keluar putik. Ada jugak yang sampai seminggu baru nak berputik!
So bagi saya, saya akan buka beg media selama seminggu sahaja. Bagi peluang cendawan tumbuh dalam masa tu. Kalau taknak tumbuh tu memang perkara biasa. Maksudnye beg tersebut belum 'ready' la.. Tutup semula selama 7-10 hari baru buka semula untuk pertumbuhan cendawan.
Kenapa saya biarkan penutup terbuka seminggu je? Sebab untuk mengurangkan kadar beg media terdedah pada persekitaran. Semakin lama dibuka, semakin tinggi kebarangkalian untuk dijangkiti kulat. Serangan dari serangga seperti lipas juga tinggi.
Kesimpulannya, nak tanam cendawan ni kenelah ada kesabaran yang tinggi. Ada beg yang sangat produktif, buka sehari je dah tumbuh.. Ade plak yang lambat, buka seminggu baru nak berputik.. Macam kita manusia jugak kan.. Ade orang yang advance, ade yang slow pickup..
Peace.. :)

Thursday, 3 October 2013
Kisah pertama kali..
Haloo..Haloo..!
Hari ini saya nak mengenangkan saat-saat baru nak memulakan bisnes cendawan ni. Kejadian bermula sekitar bulan Mac 2013. Start mengenali cendawan ni pada 2012 sebab kursus TOT di kolej tapi minat belum terdetik sedikit pun. Tapi bila pada Jan 2013 saya kene mengajar Penanaman Cendawan, saya mula memperbanyakkan bacaan, membuat kajian sendiri tentang cara tanaman daripada mereka yang terlibat dalam bidang ini dan akhirnya minat tersebut mula timbul.
Kenapa boleh timbul?? Sebab saya ada ilmu sedikit, bila dikaji-kaji kos pun tak seberapa mahal dan yang paling penting sekali, suami sangat menyokong walaupun dia tak tahu menahu pun pasal cendawan ni.. Dengan modal RM250.00, saya & hubby mengerahkan tulang empat kerat ini mula membuat beg media. Modal RM250.00 itu adalah untuk beli cap+neck+stopper, plastik PP, benih, habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian dan span. Masa tu tong pengukus saya pinjam je dulu. Tak mampu lagi kan.. Hehe..
Gambar kat atas ni adalah kali pertama kami buat beg media pada 30 Mac 2013. Kami bancuh 50kg habuk kayu, dapatlah 100 lebih sikit beg media. Memang penatlah nak menyiapkan semua tu, hampir 5 jam rasanye.. Dari petang sampai malam.. Syukurlah mak saya sangat menyokong, dia jaga anak dan sediakan makan malam pada hari tu.. Thank you mummy!
So, sampai bila-bila pun saya akan simpan gambar ni.. Betapa penat & panasnye (hubby pun tak sanggup nak pakai baju sebab berpeluh sangat!) nak buat benda ni.. Supaya saya sentiasa ingat titik permulaan kami.

Wednesday, 2 October 2013
My mushroom obsession
These 4 mushroom bags were my very first trial in cultivating grey oyster mushroom. They were my students' project. I never really interested in mushroom before, but when I have to teach 'Mushroom Cultivation', that interest starts to grow in me. Plus, when I get to see the result as in the picture above I got very excited. So, I discussed with my hubby to start serious mushroom cultivation and he responded positively. With the support of my hubby and my mom ( well, someone have to look after my son when we do the work don't they?) we dived into the world of mushroom cultivation with a high spirit and the journey is still going on..
Subscribe to:
Posts (Atom)